Friday, April 29, 2011

MENYESAL TAK BUANG BAYI

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmmm.

Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.


Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid… ?


Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…


Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.


Pak Majid: Hmmmm… .Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..


Pak Abu: Hah Engkau biar betul Majid!


Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu… .Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!



Moral: Lawak -lawak juga, peringatan kepada yang mempunyai emak/ayah di pusat jagaan orang-orang tua atau mengabaikan mereka tu bertaubatlah , ambil balik dan peliharalah mereka semasa mereka masih hidup. Nasib baik anda tidak dijual atau dibuang masa bayi dulu. Apa guna wang ringgit jika ibu/bapa nan seorang tidak terjaga. 

< Sumber>< page gambar2 lwk dan video gempak>

0 comments:

Post a Comment